ISKANDAR PUTERI (Johor): Lapan projek tebatan banjir telah dikenal pasti sebagai projek keutamaan tinggi dalam usaha kerajaan negeri Johor menangani bencana banjir yang berlaku hampir setiap tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata sebahagian besar daripada 11 projek keutamaan tinggi yang sedang dilaksanakan ketika ini melibatkan inisiatif berkaitan banjir, meliputi kawasan...





