Wajah bengis pelakon dan penggiat seni kesusasteraan, Najib Soiman, dianggap sinonim dengan watak samseng, penjahat atau orang yang tidak boleh diajak berbincang.
Kalau Najib, 48 tahun, yang bermula sebagai aktivis teater sendiri menganggap dirinya “tak kelakar langsung”, soalan yang terbetik di fikiran sesetengah rakannya dan dirinya sendiri ialah bagaimana beliau boleh menerima dua pencalonan bagi kategori ‘Pelakon Terbaik Dalam Watak...





