Singapura akan terus mengukuhkan kerjasama yang ada dan membina kerjasama baru untuk membantu industri semikonduktor mengakses rantai bekalan dan pasaran baru akibat krisis perdagangan global, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, pada 20 Mei.
Berucap pada majlis perasmian Semicon South-east Asia 2025, sebuah persidangan dan pameran global untuk industri cip, Dr Tan berkata Republik ini juga akan bekerjasama...





