KOTA KINABALU (Sabah): Seorang nenek dan cucu perempuannya rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Pulau Penampang, Manggatal, dekat Kota Kinabalu, Sabah, pada awal pagi 20 Mei.
Mayat Ruslia @ Gisis Guntamas, 80 tahun, ditemui berhampiran cucunya, Joeynita Abdul Alip, 14 tahun, pada 7.13 pagi dan 7.33 pagi selepas kebakaran yang dipercayai berlaku kira-kira 5 pagi...





