Sebuah syarikat berasaskan oleo kimia di Pasir Gudang dikenakan denda RM170,000 ($51,303) selepas didapati bersalah atas empat tuduhan melepaskan efluen (sisa buangan cecair) perindustrian melebihi piawaian yang ditetapkan ke perairan pedalaman.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Mohd Famey Yusoff, berkata syarikat tersebut didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 16 Mei di bawah Peraturan 11(1)(b) dan 12(b) Peraturan-Peraturan...





