Terminal 5 (T5) Lapangan Terbang Changi akan membawa pelbagai peluang kepada kedua-dua perniagaan dan pencari kerja setempat, menyediakan lebih banyak pekerjaan untuk rakyat Singapura, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Ini termasuk kemahiran baru dalam bidang seperti sains data, robotik dan kemampanan.





