Ketika melayari Internet mencari program pengayaan yang sesuai untuk anak saya ikuti semasa musim cuti sekolah pertengahan tahun ini, satu bengkel tentang adab ketika makan (dining etiquette) menarik perhatian saya.
Di bengkel itu, kanak-kanak antara lain berpeluang belajar cara menggunakan peralatan makan dengan betul, mengatur pinggan dan peralatan makan di atas meja dan membuat pesanan makanan di restoran.





