Peningkatan dalam jangkitan Covid-19 di Singapura sedang dipantau oleh Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Penyakit Berjangkit (CDA), meskipun tiada petunjuk bahawa varian yang merebak secara tempatan lebih mudah tular atau menyebabkan gejala yang lebih serius berbanding varian sebelumnya.
Anggaran jumlah kes Covid-19 pada minggu 27 April hingga 3 Mei telah meningkat kepada 14,200 kes jangkitan, berbanding 11,100 kes jangkitan pada...





