Walaupun lebih 24 jam telah berlalu, kisah seekor ibu gajah yang setia menunggu anaknya yang mati akibat dilanggar lori di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, awal pagi 11 Mei, terus meruntun hati rakyat Singapura dan Malaysia.
Seorang pengguna Facebook, Encik Mohd Amir Faizal, menerusi perkongsian secara langsung pada pagi 12 Mei, berkata ketika kejadian, beliau sedang membuat rondaan pemantauan keselamatan...





