KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terkorban dalam satu nahas membabitkan trak pasukan itu dengan treler sarat muatan batu, di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak, pada pagi 13 Mei.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata sembilan lagi anggota yang turut berada dalam trak terlibat dilaporkan cedera, dengan dua mangsa berada dalam keadaan kritikal, manakala...





