Rusuhan bas Hock Lee terjadi pada 12 Mei 1955 di Singapura.
Rusuhan bermula akibat satu konfrontasi antara polis, pekerja bas Syarikat Bas Gabungan Hock Lee, dan pelajar yang menyokong pekerja bas tersebut. Pada Februari 1955, Syarikat Bas Gabungan Hock Lee memecat 229 pekerja bas kerana kaitan mereka dengan Kesatuan Pekerja Bas Singapura.





