LONDON: Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger, yang kini mengetuai pembangunan bola sepak global Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), mempersoalkan mengapa juara Liga Europa layak secara automatik ke Liga Juara-Juara musim berikutnya.
Pasukan kendalian Ange Postecoglou, Tottenham Hotspur, mempunyai kelebihan 3-1 menjelang aksi timbal balik separuh akhir kedua Liga Europa menentang Bodo-Glimt di Aspmyra Stadion pada 8 Mei (9 Mei...





