JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor sudah mengambil 21 sampel termasuk makanan dari dapur dewan makan dan kafeteria Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Johor Bahru, bagi membantu siasatan berhubung kejadian keracunan makanan membabitkan 16 pelajar pada 3 Mei.
Pengarahnya, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad, berkata selain tujuh contoh makanan, turut diambil adalah enam sampel persekitaran, lima contoh klinikal dan...





