MAKKAH: Pasukan rondaan keselamatan Arab Saudi telah menahan empat warga China yang didapati terlibat dalam penipuan berhubung iklan palsu berkaitan kemudahan haji, menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA) pada 28 April.
Kesemua suspek disyaki mempromosikan iklan mengelirukan di media sosial, kononnya menawarkan penginapan dan pengangkutan di kawasan suci sempena musim haji. Pihak berkuasa menegaskan bahawa iklan tersebut adalah palsu dan...





