PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan Putrajaya membenarkan permohonan Peguam Negara Malaysia, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, untuk merayu keputusan majoriti Mahkamah Rayuan, bagi kes pengesahan kewujudan titah adendum (perintah tambahan) melibatkan bekas Perdana Menteri, Encik Najib Tun Razak.
Keputusan itu diputuskan panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, yang membenarkan Datuk Mohd Dusuki mengemukakan tujuh persoalan...





