Lebih 31,000 pengundi berdaftar dijangka menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Tapah, Perak, bermula 8 pagi pada 26 April.
PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon kerajaan daripada Barisan Nasional (BN)-Umno, Dr Mohamad Yusri Bakir; calon pembangkang daripada Perikatan Nasional (PN)-Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Encik...





