SHAH ALAM (Selangor): Polis menahan tiga suspek diupah ceti haram dari Singapura yang disyaki melakukan khianat dengan api dan menyimbah cat di Malaysia dengan upah sehingga RM1,500 ($449) daripada sindiket itu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata ketiga-tiga suspek termasuk sepasang suami isteri ditahan di kawasan rumah di Kepong dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dalam operasi khas pada...





