KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat sejarah sebagai negara pertama di dunia yang akan mengagihkan Kad Nusuk kepada jemaah haji sebelum berlepas ke Makkah, bagi musim haji 2025 ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata langkah tersebut dapat mengelak sebarang penipuan pakej haji, selain pengiktirafan besar kerajaan Arab Saudi terhadap kecekapan sistem pengurusan haji...





