KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia diingatkan supaya tidak terpedaya dengan tawaran pakej haji Mujamalah yang terlalu murah, serendah RM20,000 ($6,013) hingga RM50,000, kerana ia jelas satu penipuan membabitkan penyalahgunaan visa pelancong.
Peringatan itu dikeluarkan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh) yang menegaskan walaupun visa Mujamalah diberikan secara percuma kepada individu atau pihak tertentu oleh kerajaan Arab Saudi,...





