Lelaki berusia 22 tahun yang berlari dalam keadaan telanjang di Hougang selepas mengelar seorang lelaki yang bersama anak lelakinya telah didakwa menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya.
R. Nadhiban didakwa menggunakan pisau untuk mengelar Encik Kaalithasan Govindaragi pada kira-kira 1 petang pada 17 April di tempat letak kereta di kawasan lapang antara Blok 676 dengan Blok 677, Hougang Avenue...





