Di saat insan lain meraikan Aidilfitri dengan berpakaian baru, menikmati aneka juadah yang terhidang di atas meja dan gelak ketawa bersama keluarga, ada segelintir golongan kurang bernasib baik yang hanya mampu menanti sumbangan dan ihsan orang lain untuk merasai sedikit kemanisan Syawal.
Digelar sebagai gelandangan, mereka semua mempunyai kisah tersendiri, namun rata-ratanya berdepan desakan hidup yang membuatkan Ramadan dan Syawal...





