Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, memberi satu pesanan kepada golongan muda Singapura dan pengundi kali pertama, melalui media sosial dalam video dua minit yang dimuat naik pada 13 April.
Menjawab komen dalam talian yang menyifatkan Generasi Z (Gen Z) sebagai ‘lembik’, ‘mementingkan diri sendiri’ dan ‘kurang daya tahan’, Encik Wong berkata komen tersebut tidak menggambarkan generasi itu dengan tepat.





