WASHINGTON: Menganggapnya sebagai pengisytiharan “kemerdekaan ekonomi”, Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengumumkan beberapa tarif menyeluruh pada 2 April dalam usaha menggantikan perdagangan bebas dengan perdagangan “adil”.
Dalam dasar ekonominya yang paling bercita-cita tinggi itu, yang katanya akan menjadikan Amerika kaya semula, beliau mengumumkan tarif 10 peratus ke atas semua barangan yang masuk ke negara itu dari mana-mana sahaja negara...





