Dedikasi pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Myanmar ialah lambang semangat kewarganegaraan aktif di persada dunia.
Ini dinyatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang turut berkata beliau bangga terhadap semua pegawai, termasuk pegawai Islam, yang terlibat dalam Operasi Lionheart itu.





