Matanya berkilau penuh harapan dan senyuman kembali terukir di wajah Ilhan Fandi, namun di sebalik keceriaan itu, tersembunyi tekad untuk membina semula kerjaya bola sepaknya, yang terjejas teruk akibat kecederaan.
“Sangat sukar tidak dapat bermain bola sepak bagi pasukan utama selama lebih setahun, jadi saya berasa gembira dapat bermain secara konsisten semula,” jelas penyerang berusia 22 tahun itu kepada The...





