Pelakon Dynas Mokhtar berpandangan penerbit atau pengarah perlu memilih pelakon yang memiliki bakat untuk menjayakan sesuatu watak berbanding hanya ‘menjual’ rupa paras.
Dynas, atau nama sebenar, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 42, berkata kegagalan pelakon membawa watak diberikan dengan baik akan memberi kesan kepada keseluruhan naskhah, lapor Berita Harian Malaysia.





