Keperluan penduduk di sesebuah kawasan tertentu diutamakan di setiap Sesi Bertemu Rakyat (MPS) dan setiap orang yang pergi ke sana harus menghormati perkara tersebut, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Menambah, Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, berkata penduduk pergi ke sesi sedemikian untuk mendapatkan bantuan bagi isu-isu mendesak dan perlu...





