JOHOR BAHRU: Empat tukang masak dari Pulau Pinang sanggup menetap di Johor selama sebulan sepanjang Ramadan, khusus untuk menyediakan juadah istimewa bubur lambuk Masjid India Datuk Ahmad Awang atau lebih dikenali Masjid India Jalan Duke di Johor Bahru.
Dalam sehari, hampir 500 bungkus bubur lambuk dimasak hasil ‘air tangan’ mereka, yang diketuai tukang masak, Sheikh Abdul Rahman Mohd Halifah, 50...





