Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) – bakal menjadi antara sumber pendanaan utama bagi Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) – telah berjaya mengumpulkan $6.25 juta daripada masyarakat sejauh ini.
Memberi perkembangan terkini mengenai WMS, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata daripada jumlah itu, hampir $1 juta adalah sumbangan tunai, dan bakinya berbentuk ikrar.





