Usaha pemerintah menggalak keluarga di sini mempunyai lebih ramai anak adalah demi memastikan penakatan Singapura kerana kadar kesuburan yang rendah secara berterusan akan mempunyai kesan besar, bukan hanya pada ekonomi, malah demografi negara juga, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.
Beliau berkata Singapura mempunyai cabaran kependudukan yang serius hari ini, dengan jumlah orang dewasa boleh bekerja,...





