Sejak alat vakum robot menjadi satu kebiasaan dalam isi rumah hari ini, Encik Muhammad Ridzuan Mokhtar, 37 tahun, rasa terpegun akan kebolehan teknologi kecerdasan buatan (AI) memacu alat pembersih itu dalam mengelak halangan dengan cepat sambil menjalankan ‘tugas’ membersihkan rumah.
Dengan itu tercetuslah minat Encik Ridzuan dalam bidang AI, yang telah mendorongnya untuk mendaftar diri dalam program AI Apprenticeship (AIAP)...





