Anugerah Kemajuan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan dilanjutkan kepada lulusan ITE yang mempertingkat kemahiran mereka melalui kursus diploma yang ditawarkan di bawah Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ), mulai 1 Jun.
Ini bermakna anugerah itu akan dilanjutkan kepada lebih banyak kursus, di luar tawaran ITE dan politeknik, kata Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementeriannya...





