Berdiri di samping api dalam dapur selama tiga jam, sambil tubuh meresap bahang haba panas untuk memasak bubur lambuk menjadi rutin pada setiap Ramadan buat lebih 10 petugas dan sukarelawan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Seawal 6.30 pagi usai waktu subuh, dapur di Masjid Jamek Kampung Baru sudah mula sibuk dan riuh dengan lebih 10 petugas memulakan aktiviti memasak...





