PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita 61 akaun bank, dengan dana berjumlah RM15 juta ($4.53 juta), dalam siasatan ke atas dakwaan rasuah membabitkan kegiatan memproses dan melupus sisa elektronik.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata setakat ini 26 orang, termasuk pegawai penguat kuasa, serta pemilik dan pengarah syarikat, ditangkap berkaitan kes itu.





