Seramai 77 pakar kesihatan telah diberi penghargaan atas khidmat yang diberikan, kecemerlangan akademik dan profesional serta pelbagai amalan kesihatan yang lain di Majlis Anugerah Penghormatan Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS).
Majlis itu turut dihadiri tetamu terhormat, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.





