DUNGUN (Terengganu): Seorang budak lelaki berusia 10 tahun mengalami trauma selepas tiba-tiba diserang seekor kera dalam perjalanan untuk belajar mengaji di Taman Madani, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu, pada 23 Februari. Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa, Muhammad Ammar Hakim Sanusi, cedera pada bahagian lengan, punggung dan belakang badan akibat digigit dan dicakar haiwan liar terbabit.
Ahli...





