Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines sedang menumpukan perhatian sepenuhnya untuk berkhidmat kepada penduduk, dan akan terus berbuat demikian menjelang pilihan raya umum (GE) akan datang, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Bercakap kepada Berita Harian (BH) di luar acara makan tengah hari buat penduduk Tampines anjuran M3@Tampines di restoran Tiara Waterfront pada 23 Februari, Encik...





