Hasil pendapatan Singapura bagi tahun kewangan (FY) 2024 adalah lebih baik daripada jangkaan, sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan pendapatan daripada kutipan cukai pendapatan korporat, kata Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.
Menggariskan kedudukan fiskal Singapura semasa ucapan Belanjawan 2025 di Parlimen pada 18 Februari, Encik Wong berkata pemerintah menjangkakan lebihan sebanyak $6.4 bilion menjelang akhir FY2024, jauh lebih...





