Seorang qariah dari Singapura, Ustazah A’tiiqah Suhaimi, 34 tahun, meraih tempat ketiga dalam satu pertandingan antarabangsa membaca Al-Quran di Indonesia baru-baru ini.
Diadakan di Jakarta dari 28 Januari hingga 2 Februari, Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Antarabangsa keempat Indonesia 2025 itu menarik 60 peserta dari 38 negara merangkumi Asia, Timur Tengah, Afrika, Eropah, dan Amerika, dalam kategori tilawah (bacaan)...





