KUALA LUMPUR: Polis Malaysia meningkatkan kawalan keselamatan di pusat beli-belah dan tumpuan orang ramai di seluruh negara itu, susulan insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah dekat Setia Alam, Selangor, pada 8 Februari, yang mencederakan seorang pekerja pembersihan.
Ketika ini polis masih memburu suspek yang sudah dikenal pasti, iaitu lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an tahun, berkulit cerah, mempunyai 11 rekod kesalahan...





