KUALA LUMPUR: Pempengaruh Malaysia yang membuat kandungan palsu di media sosial mengenai kehilangan seorang daripada mereka selepas masuk ke dalam hutan di Bandung, Indonesia, bukan saja menerima kecaman ramai, bahkan juga dituntut agar dikenakan tindakan tegas.
Ia selepas Polis Indonesia mengesahkan bahawa dakwaan pempengaruh warga Malaysia dikenali sebagai Eyka yang dilaporkan hilang selepas masuk ke hutan berkenaan untuk merakam kandungan...





