Masyarakat Melayu/Islam Singapura boleh menjangkakan pelbagai kegiatan serta acara bermakna sepanjang tahun untuk merenungkan sumbangan masyarakat kepada pembangunan negara, sedang Singapura meraikan 60 tahun kemerdekannya (SG60), pada 2025.
Ini merupakan sebahagian daripada usaha ‘SG60 Bersama’ yang dilancarkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semasa berucap di konsert meraikan ulang tahun keenam Wisma Geylang Serai (WGS)...





