Dalam usaha untuk bersifat lebih inklusif dalam perjalanan udara, syarikat penerbangan Emirates menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang diberikan pentauliahan mesra autisme.
Pensijilan oleh Lembaga Piawaian Pendidikan Berterusan dan Pengiktirafan Antarabangsa (IBCCES) itu bakal dianugerahkan secara rasmi kepada Emirates dalam beberapa bulan mendatang setelah lebih 30,000 kakitangan syarikat tersebut menjalani latihan baru yang tertumpu kepada autisme dan sensitiviti deria.





