Presiden Tharman Shanmugaratnam telah menyampaikan Anugerah Warga Negara Kehormat kepada Encik Tarun Das, mantan Ketua Pengarah Perikatan Perusahaan India (CII), sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam memperjuangkan hubungan Singapura-India selama beberapa dekad.
Anugerah oleh pemerintah Singapura itu, yang kali pertama diberi pada 2003, mengiktiraf warga asing yang telah memberi khidmat meluas kepada Singapura atau yang telah memberi kesan besar dalam bidang...





