Walaupun dikenali ramai bahkan terbukti kehebatan lakonan dan nyanyian mereka dalam industri hiburan serantau, tidak sedikit pun mereka menampakkan sikap sombong dan megah dek pencapaian yang diraih selama berdekad lamanya dalam dunia seni.
Pendek kata, perbualan saya bersama dua nama besar dalam dunia seni Nusantara, Datuk Francissca Peter dan Christine Hakim, sekitar Disember 2024, meninggalkan kesan yang cukup mendalam sehingga...





