Ada teman yang dibelenggu emosi marah setiap kali menonton drama ‘berhantu’ tentang kecurangan suami dengan adik ipar sendiri, Andai Tiada Dia.
Semarah-marah dia dengan watak suami curang, Haikal (lakonan Hisyam Hamid) dan sang penyondol, Intan (Mimi Lana), masih juga teman ini sanggup bersengkang mata untuk menonton sisipan episod yang ketinggalan disaksikan dalam TikTok.





