Melihat barisan panjang penyokong beratur untuk membeli tiket perlawanan separuh akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2024 antara Singapura dengan Vietnam, ramai terkenang kembali era kegemilangan bola sepak Singapura. Ini termasuk sewaktu Piala Malaysia pada 1994 dan kejayaan pasukan Lions XII dalam Liga Malaysia pada 2013.
“Melihat orang ramai datang membeli tiket mengingatkan saya detik-detik Piala Malaysia dahulu. Ketika itu, penyokong...





