Jurutera SMRT telah berjaya menyelesaikan masalah kerosakan kepada sistem isyarat di Laluan Thomson-East Coast (TEL), yang menyebabkan perkhidmatan kereta api tergendala semasa waktu sibuk pada pagi 19 Disember.
SMRT pertama kali memaklumkan orang awam mengenai gangguan perkhidmatan MRT itu melalui hantaran di platform media sosial X, pada sekitar 9.40 pagi dan meminta penumpang untuk menjangkakan masa perjalanan tambahan selama 10...





