KUALA TERENGGANU: Polis menahan 12 penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki yang dipukul secara bergilir-gilir menggunakan objek tumpul di kolej kediaman universiti hingga cedera.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd Zaki Wan Ismail, berkata kesemua suspek lelaki berusia antara 20 hingga 22 tahun ditahan di universiti awam berkenaan pada 6 petang...





