Wadah digital Andalus bukan sekadar menyampaikan bahan pembelajaran dalam bentuk teks; kandungan pendidikannya kini diperkaya dengan penggunaan video interaktif, animasi serta elemen gamifikasi seperti kuiz untuk menarik perhatian pelajar.
Menurut Pengarah Eksekutif Darul Andalus, Ustazah Khaafizah Hanif, pembangunan bahan digital peringkat prasekolah dilakukan oleh pasukan petugas terdiri daripada bahagian Pendidikan dan Penyelidikan dan Pengembangan (R&D) dengan nasihat atau bimbingan pakar...





